Mulakan perjalanan sebagai Wakil Jualan Hartanah dengan latihan, bimbingan dan sistem sokongan melalui Akademi KHBB.
Daftar sekarang*Angka pendapatan adalah anggaran potensi, bukan jaminan pendapatan.
Jodoh Hartanah merupakan program yang membuka peluang kepada orang ramai untuk mengenali dunia hartanah, mempelajari asas pemilikan rumah dan meneroka potensi pendapatan sampingan.
Melalui latihan dan bimbingan yang disediakan, anda boleh mula membina ilmu serta kemahiran dalam bidang hartanah.
Kenali asas dan langkah untuk memiliki rumah.
Pendedahan peluang kerjaya dalam industri hartanah.
Potensi menjana pendapatan sampingan.
Bimbingan awal untuk kewangan dan masa depan.
Submit booking unit berserta dokumen yang diperlukan melalui platform yang telah disediakan.
Pinjaman berjaya diluluskan dan Surat Tawaran (LO) diterima.
Lengkapkan tandatangan Perjanjian Jual Beli (SPA) dan Perjanjian Pinjaman (LA). Jualan disahkan, komisen diterima
Komisen Lebih Pantas, Tak Perlu Tunggu Lama!
Daftar SekarangKenali program latihan dan pembangunan yang membantu anda membina ilmu serta kemahiran hartanah.
Program ini memberi pendedahan awal serta membentuk ahli baharu dalam dunia hartanah agar mereka dapat menguasai proses membantu orang ramai memiliki rumah dengan cara yang betul. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan teknik pemasaran terkini serta kaedah yang betul dalam aspek teori dan praktikal.
Program ini dirangka khas untuk membantu ejen hartanah berpengalaman yang ingin mendalami ilmu hartanah secara menyeluruh. Ia menawarkan pendedahan terkini dan menyeluruh dalam bidang hartanah bagi memperkukuh semula keupayaan serta keyakinan mereka dalam menjana jualan dengan lebih berkesan.
Program ini membantu peserta tingkatkan kemahiran jualan dan pemasaran hartanah dengan bimbingan terus dari ketua agensi. Peserta dapat akses percuma database prospek, belajar dengan modul 8 Sales Circle, dan aktiviti diselia oleh Team Leader. Program ini juga termasuk lawatan tapak projek dan pengiktirafan untuk prestasi terbaik.
Program ini bertujuan untuk membentuk ejen hartanah — sama ada yang berpengalaman mahupun yang baru — agar mahir dalam bidang jualan dan pemasaran, serta mampu memberikan khidmat nasihat hartanah yang tepat dan berkesan. Di samping itu, program ini turut memupuk motivasi dan menyemai semangat dalam diri ejen untuk mencapai impian membantu lebih ramai orang memiliki rumah.
Program ini bertujuan melahirkan usahawan berjiwa pemimpin yang mampu membina dan memimpin kumpulan bagi membantu lebih ramai orang memiliki rumah. Peserta turut didedahkan dengan pengetahuan awal serta maklumat terkini agar mereka dapat mengurus pasukan dengan lebih berkesan dalam aspek pemasaran dan jualan.
Masih ada perkara yang ingin anda tahu? Semak jawapan kepada soalan yang sering ditanya.
Tidak semestinya. Program ini sesuai untuk individu yang baru bermula mahupun yang mempunyai pengalaman. Latihan asas dan bimbingan disediakan untuk membantu anda.
Ya, anda boleh menyertai secara sambilan mengikut kesesuaian masa dan komitmen anda, tertakluk kepada syarat penyertaan program.
Komisen diproses selepas terma syarat jualan dipenuhi, termasuk tempahan rumah (booking), kelulusan pinjaman dan tandatangan Perjanjian Jual Beli (SPA), tertakluk kepada pengesahan pihak pengurusan.
Yuran pendaftaran Akademi bermula serendah RM30 sahaja. Dengan pendaftaran ini, anda akan mendapat akses kepada sistem dan kemudahan sokongan yang disediakan bagi membantu perjalanan anda dalam bidang hartanah.
Selepas pendaftaran berjaya, pihak kami akan berkongsi maklumat lanjut mengenai sesi penerangan, latihan serta panduan untuk membantu anda memulakan perjalanan sebagai Wakil Jualan Hartanah.
Bersedia untuk meneroka peluang dalam bidang hartanah? Daftar dan mulakan perjalanan bersama Jodoh Hartanah Kerjaya.
Daftar Sekarang